Ahmad Maasom Pergau
Ahmad Maasom Pergau

Ahmad Maasom Pergau

Ulum Al-Quran di Makkah selama 5 tahunTuan Guru Haji Ahmad bin Mat Som atau dikenali sebagai Ahmad Maasom Pergau (Arab: الشيخ المقرىء احمد معصوم / الحاج أحمد بن سوم; s. 1916 – November 1987) merupakan johan qari pertandingan membaca al-Quran peringkat antarabangsa kali pertama di Malaysia. Beliau yang berasal dari Kelantan telah menjadi johan qari dengan mengalahkan 12 orang peserta qari lain dari Brunei, Pakistan, Indonesia, Sarawak (sebelum masuk Malaysia), Filipina, Singapura dan Thailand.[1] Beliau yang merupakan Syeikh Al-Maqari' (juga dikenali Tuan guru Haji Ahmad Maasom Pergau) lahir pada tahun 1916 di Lubuk Bongor, Pergau dalam daerah Jeli Kelantan, Tanah Melayu British (kini Malaysia).[2] Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau juga dikenali sebagai Tok Ayah Mat atau Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Al-Farqawi. Guru beliau dalam bidang ilmu qiraat, taranum, tajwid dan talaqqi musyafahah ialah Syeikh Ahmad Hijazi Al-Makki di Makkah Makkah Al Mukarramah. Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau juga mengambil ilmu dan sanad Al-Quran daripada qari Mesir iaitu Syeikh Taha Al-Fashani dan Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory.[2]

Ahmad Maasom Pergau

Dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Banggol Air Leleh, Batu 6, Tok Jiring, Terengganu, Malaysia
Pekerjaan Guru al-Quran
Pasangan Salma binti Abdullah
Ibu bapa Mat Som
Nama lain Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Al-Farqawi
Tok Ayah Mat
Terkenal kerana Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Pertama pada Tahun 1381H/1961M
Meninggal dunia November 1987 (berumur 70–71)
Terengganu
Warganegara Malaysia
Pendidikan Pondok Lebai Deraman, Pasir Mas, Kelantan

Ulum Al-Quran di Makkah selama 5 tahun

Ulum Al-Quran di Mesir selama 15 tahun
Kelahiran
Ahmad bin Mat Som

s. 1916
Lubuk Bongor, Pergau, Jeli, Kelantan, Tanah Melayu British

Rujukan

WikiPedia: Ahmad Maasom Pergau http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://www.alquran.gov.my/flipbook/JohanQariQariah... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... https://www.alislamu.com/4915/qiraat-dan-qurra/ https://drive.google.com/file/d/1BylxfCBkrBwJQvAT-... https://drive.google.com/file/d/1BylxfCBkrBwJQvAT-... https://drive.google.com/file/d/1ikHtcyjFlYWG4lz1u... https://drive.google.com/file/d/1nkcxc6e2TmzFFD_l-...